Want your
own Fotopage?








 


By: daliela rusli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Sep-2009 10:10 Email | Share | Bookmark
Apa itu Nira Nipah?

Pokok nipah
 
Menadah nira
Siap untuk diminum
 
Pokok Nipah, atau dikenali dengan nama saintifiknya Nypa fruticans, boleh dijumpai di kawasan parit. Bukan longkang ye, tetapi saliran air yang sering dijumpai di kawasan sawah padi .

Nira nipah atau air yang keluar dari batang pokok nipah ini sangat manis. Walaupun manis, ia tidak mengganggu diet pengidap diabetis. Sebaliknya, ia bagus untuk mencuci buah pinggang kita .

Walaupun berbaju kurung semasa ke rumah tok lang ni, saya tetap redah ke dalam pokok-pokok nipah tu, dengan wedges yang tingginya tak sedar diri tu, tanah berlumpurnya lagi (nasib baik ada kayu-kayu yang boleh dijadikan alas), Tuhan saja yang tahu macam mana rasanya berada di situ. Kalu tak, tak dapatla gambar-gambar ni kan?


Pokok Nipah



Nampak tak botol tu? Di dalam botol tu la nira nipah. Kena urut batang pokok yang besebelahan
dengan botol tu, barula niranya keluar. Buahnya pula tak boleh diambil. Kalau diambil, nanti dia
merajuk, nira pun tak keluar walaupun diurut.




hah...apa lagi? Cheers..



Daun-daun lebar yang macam daun pegaga tu memang pun daun pegaga. Yang dibuat ulam tu.
Tapi yang ni sohih-sohih tok lang tak makan..betul tak tok lang? Dah la besar semacam..tepi parit
pulak tu..sanggup ke???


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pokok Nipah bolehla rujuk kepada artikel wikepedia ni
http://en.wikipedia.org/wiki/Nipah_palm

2nd AIDILFITRI
LOCATION: PERLIS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net