Want your
own Fotopage?











 


By: daliela rusli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Jun-2009 10:10 Email | Share | Bookmark
Kuching... awok....~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
06.06.09 - 09.06.09


Hari 01 :
- Pasar Satok
- Water Front








Pasar Satok

Terletak di dalam bandar Kuching. Menjual pelbagai jenis barangan cederahati.
Orang memang sangat ramai. Jalan pun sampai berlaga bahu. Memandangkan cuaca
sekarang yang sangat panas, amatlah disyorkan agar membawa bekalan air mineral dan
kipas.







Water Front

Kawasan riadah ini menyajikan pemandangan yang indah
di tebing Sungai Sarawak. Terdapat penambang di sini bagi membolehkan penduduk
di kampung seberang sungai mahupun di hulu sungai mendapatkan perkhidmatan
bot tambang. Pelbagai gerai makanan boleh didapati di sepanjang kawasan
pejalan kaki ini. Gerai-gerai yang menjual cenderamata dan kek lapis sarawak juga banyak
dibuka di kawasan ini.



Hari 02:
- Serikin
- Water Front..lagi







Serikin

Merupakan kawasan membeli belah yang bersempadan dengan Indonesia.
Maka, boleh dikatakan barangan yang dijual seperti kain batik, kebaya, kain telekung,
dan tudung kepala berasal dari Indonesia.
Makanya, tukang ambik gambar ini pun telah membuat keputusan untuk mengurangkan
aktiviti bergambar memandangkan kedua tangannya penuh dengan botol air, kipas, payung,
beg shopping. Heeee...harap maklum.



Water Front di hari kedua.



Hari 03:
- Sarawak Cultural Village
- Kilang Kek Lapis Sarawak
- Kilang Pasu Sarawak



Rumah orang Melanau


Penari itu mengangkat bongkah kayu seberat 20kg. Dia kata dia peminat GIGI.

Kampung Budaya Sarawak

Di dalam kawasan seluas 17 hektar ini, telah dibina rumah-rumah kaum Cina, Melayu, Melanau,
Orang Ulu, dan pelabagai rumah kaum etnik lain yang terdapat di negeri Sarawak.
Dengan dibantu oleh tiga orang pelajar praktikal dari UNIMAS dan UiTM, lawatan kami ke sini
telah terisi dengan pelbagai informasi yang menarik. Acara utama yang tidak harus diabaikan
apabila melwat ke sini ialah pertunjukkan kebudayaan.

Entri khas bagi lawatan ini akan dipaparkan dalam waktu yang terdekat.








Cara-cara membuat kek lapis Sarawak


Makcik baker sedang meratakan kepingan masam manis ke dalam kek lapis.


Kek lapis Dayang Salhah

Mempunyai laman web sendiri. Dan menerima tempahan secara online. Kek paling sedap
ialah kek lapis perisa masam manis. Sebiji kek berharga RM10, tetapi jika dibeli secara online,
dan dipos ke semenanjung, sebiji kek akan diletakkan harga sebanyak RM15.

Hari04:
Sayonara..sayonara.. I love you~




Salam dil
Thanks coz sudi singgah kat fp abg meor
Abg meor suka tengok gambar2 yg menggambarkan Sarawak ni
Fri 12-Jun-2009 12:33
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Kat Serikin panaskan, rasa macam betul-betul kat garisan katulistiwa Sat 13-Jun-2009 03:14
Posted by:amboii  - [Link]
salam...1st time masuk fp nie...

waaaa...
seronok tengok kek lapis tu
mesti sedap...
dulu tapau berkotak kotak
cam tak hinggat dunia
bukan sebab nak makan
tapi suker warna warni tuuu....
Sun 14-Jun-2009 12:32
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
x pernah laa pergi sarawak ni
bestnye kat sane
view die cantik sgt
x thn tgk kue lapis tu
Thu 18-Jun-2009 05:53
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
Assalamulaikum, bila tengok gambar2 kat Kuching tu.. kenagan lama mengamit kembali.. Kkak pernah bekerja kat Kuching selama 5 tahun mengikuti suami kkak.. Mmg seronok duduk kat sana dlam jangka waktu yg singkat..tp pd diri dan keluarga kkak..duduk selama 5 tahun mmg terasa amat membosankan..entahlah susah kkak nak explained in words.. anyway sehingga sekarang kengkawan kat Kuching masih keep in touch dgn kkak...now tanpa di duga anak kkak pula yg selalu terbang ke Kuching.. tulah di takdirkan ALLAH Fri 19-Jun-2009 08:28
Posted by:kak hai  - [Link]
Hi...I ada wat promosi ni.. Mon 22-Jun-2009 11:19
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
salam ....
makin mantap pic....
maap dah lama x singah sini...
saya kini tidak lagi menggunakan fotopages....
silalah lawati http://ayiefazli.blogspot.com/
Sun 28-Jun-2009 08:06
Posted by:ayfz  - [Link]
Dh terlepas ke Sarawak plak yer...
Mon 29-Jun-2009 08:39
Posted by:LORD of SAUK  - [Link]
~salam...lama tak singgah sni...huhu~ Thu 2-Jul-2009 15:54
Posted by:caprizatul alongzh86@yahoo.com  - [Link]
>>salam ..
wah gambar2 dan cerita2ni mudah nak faham walaupun kalau kita tak nah gi sarawak.. cam brosur pelancongan lak,,
>>ada sekali gi kuchingni best ler jugak...
Thu 9-Jul-2009 01:16
Posted by:cho zila  - [Link]
wahh.. bestnya jalan2..

p/s : mulut boya tu busuk, sbb bnyak sampah
Mon 13-Jul-2009 10:37
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
seronoknya jalan2 sarawak

Mon 13-Jul-2009 16:10
Posted by:Phalinn  - [Link]
ALAHAIII KEK LAPISSSS

SEDAPNYEEEEEE
Sun 2-Aug-2009 14:47
Posted by:KELOPAK BELULUK D PILAH rinnafazza@yahoo.com  - [Link]
alahai bestnya g sana.teringat dulu zaman2 bujang jenjalan ke sana. sekang entah bila lagi kan ke sana...makan kat water front view tepi sungai waktu malam memang best. Tue 8-Sep-2009 00:37
Posted by:along_ita  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.