Pasar Filipina (lagi), Pasar Ikan Masin dan sayonara.
Gambar menunjukkan kaum lelaki dan mesin jahit mereka. Mereka memberi perkhidmatan membaiki jahitan pada pakaian jeans. Terdapat di sepanjang koridor Pasar Filipina.
Orang kata (saya tak kata) kali pertama datang usha-usha, kali kedua datang baru tahu sasaran yang patut dituju. "Okasan..ganbate!".
Salted Fish Market
Located next to Filipino Market. Variety of dried / salted fish, squid and mini prawne available there.
Ikan masin, kalau dimasak bersama sayur kailan, hmmm boleh bertambah-tambah nasi tu.
Sotong ni kalau dibuat sambal tumis, kemudian dimakan bersama nasi lemak..perghh terangkat.
Gambar menunjukkan papan tanda berhadapan dengan tempat di mana kotak polisterin dijual (untuk menapau udang/sotong balik ke semenanjung).
Cara-cara menapau:
1. Udang/sotong tersebut dibekukan di dalam beg plastik semalaman.
2. Beg plastik tersebut di bungkus dengan kertas surat khabar, setebal-sebalnya (untuk mengelakkan bau merebak di sekitar tempat penumpang di dalam kapal terbang).
3. Masukkan bungkusan itu ke dalam kotak polisterin dan letakkan pita pelekat seperti pos laju biasa. Untuk kemudahan semasa naik turun pesawat, pastikan tali rafia diikat sehingga membentuk pemegang mengikut keselesaan masing-masing.