Want your
own Fotopage?











 


By: daliela rusli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Jan-2009 10:10 Email | Share | Bookmark
Sepetang di Kg. Sungai Berembang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Walaupun telah masuk hari ke-empat tahun baru 2009, tapi entri ini masih memuatkan gambar dari bulan November 2008. Ia telah dirakam sehari selepas pulang dari Pulau Langkawi.
Kg. Sg Berembang ini terletak di Kuala Perlis. Lokasi ini sentiasa menjadi 'favourite spot' saya.









Rata-rata orang di sekitar kampung ini menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka. Contohnya, belacan dari kampung ini sangat terkenal kerana kualitinya. Sebenarnya, gambar-gambar di entri ni dirakam ketika mama sedang berurus niaga dengan 'tauke' belacan. Kupang dan kepah juga boleh didapati di sini.







Kebetulan pada ketika gambar-gambar ini dirakam, ialah musim 'memancing puyu'.
Di mana-mana sahaja di sekitar kawasan sawah padi yang menghijau, saya boleh melihat ramai orang , tak kira usia dan jantina memegang joran.





Ikan puyu, yakni sejenis ikan air tawar menjadi kegemaran ramai di sini, termasuk saya . Apatah lagi jika ia dibuat pekasam. Selain itu, ikan ini juga boleh dimasak asam pedas bersama keledek manis. Alahai..terbau-bau pulak rasanya masa menaip entri ni.
Dari sudut mistiknya pula, ada orang yang mempercayai bahawa ikan puyu dapat menjaga rumah mereka dari dimasuki pencuri. Caranya ialah dengan membela ikan puyu di hadapan rumah, bersebelahan dengan tangga untuk naik ke atas rumah.
Anda percaya?




Charlie bit me


Quote:
charlie bit me..and that really hurt charlie..and it's still hurting

wah tenang sekali melihatkan gambar gambar ni.
mesti best lepak tempat camni.
selamat tahun baru 2009

Sun 4-Jan-2009 04:51
Posted by:phalinn  - [Link]
lenkali sila ajak bila mau ke Kg Sg Berembang tuh ye..

oh ye, selamat tahun baru. semoga anda lebih prosper tahun ini. nanti boleh belanja minum, kan?
Sun 4-Jan-2009 05:01
Posted by:aie  - [Link]
nak baling jek botol tu tapi budak kecik tu nampak plak..

pastu siap buat muka merengek on d spot..demm

amacam prospek 2009? dah nampak masa depan? kalu terlampau cerah, pkai aa sunglass, silau tu

haha
Sun 4-Jan-2009 05:47
Posted by:aie  - [Link]
>> pemandangan yang cukup mendamaikan... Sun 4-Jan-2009 18:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
WOW,,,MMG CANTEK ARR PEMANDANGAN KAT CITU.. Mon 5-Jan-2009 04:37
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
SUKA TENGOK PICAS SAWAH PADI TERBENTANG LUAS TU... IKAN PUYU... BUAT PEKASAM SEDAP TU...MAKAN NGAN NASIK PUTIH PANAS2..PERGHHH... MAK MERTUA LALU PUN X PASAN DAH... Mon 5-Jan-2009 13:30
Posted by:Watie  - [Link]
Dil, these are nice moody pics.. keep it up.. nice composition too Wed 7-Jan-2009 14:07
Posted by:A Izan..  - [Link]
first of all, tq for da wish thn baru..~nicenya picture die~ keep in touch~ Wed 7-Jan-2009 15:11
Posted by:caprizatul alongzh86@yahoo.com  - [Link]
salam...bunda mengintai la kat sini...amboi cantik nya...
bunda suka sawah...amat suka...ia menenangkan fikiran dan kalau boring2 ambil pencil lukis2 mesti jadi sawah bukit dan rumah kampung ada mesti pokok kelapa...entah la..
rindu kat sawah la.....

Wed 7-Jan-2009 21:37
Posted by:dinimamelati..salam mesra  - [Link]
cantek laa gambaq kat sini .... suka sgt .. jom cek gambaq saya plop Fri 16-Jan-2009 09:39
Posted by:fendi  - [Link]
mcm pernah tgk ja tpt ni Mon 26-Jan-2009 03:12
Posted by:ayfz  - [Link]
gambar no 5 lawa Mon 26-Jan-2009 10:16
Posted by:dishazlan


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.