Want your
own Fotopage?











 


By: daliela rusli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Feb-2009 10:10 Email | Share | | Bookmark





Care to comment?


Sunday, 15-Feb-2009 22:10 Email | Share | | Bookmark
Kinabalu Park

 
 
 
View all 10 photos...
Gambar-gambar ini diambil ketika dalam perjalanan ke Kinabalu Park. Jalannya berliku, kadang-kala jalannya sempit. Paling cemas bila terpaksa bertembung dengan kenderaan berat seperti tanker. Sepanjang jalan ini, terdapat banyak papan tanda menunjukkan nama-nama gereja.

Di pekan Nabalu, kami singgah untuk membeli beras padi huma / padi bukit. Cuaca pula semakin sejuk ditambah lagi dengan keadaan yang hujan renyai.


Gunung Kinabalu















Trek yang menuruni bukit di sebalik pagar di Pondok Timpohon

Kami tidak merancang untuk mendaki tetapi sekadar bersiar-siar sahaja. Terdapat beberapa buah rumah rehat dan asrama penginapan disediakan buat para pendaki. Keadaan di taman itu sangat basah dan berkabus. Airnya pula sangat sejuk.

Jalan berturap yang kami lalui berakhir di Pondok Timpohon. Di situ para pendaki dikehendaki mempamerkan pas mendaki untuk memasuki trek ke tempat mendaki. Pas ini harus dimohon di ibu pejabat taman tersebut (berhampiran pintu masuk taman).

Semasa dalam perjalanan untuk keluar dari taman itu, kami singgah di muzium mini. Muzium itu (yang berada di tingkat atas bangunan) mempamerkan pelbagai informasi termasuk sejarah pembukaan taman tersebut, dan spesis haiwan yang boleh didapati di situ. Di tingkat bawah bangunan pula ialah ruang istirehat dan cafe yang kelihatan sangat selesa dan bertaraf hotel.



Ruang rehat di dalam bangunan muzium mini


Up next: Kundasang -> Ranau

>> puas wo kalau dpt ke sini...
>> mmg dah lama simpan cita cita...
Sun 15-Feb-2009 17:51
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
CANTIKNYE KINABALU

SYAHDU JEK DEN NENGOK

TERASA BAGAI ADE D PUNCAK AJER

MACAM2 CERITA ADE D SANE KAN
Mon 16-Feb-2009 14:59
Posted by:AWEKS ULU BONDO  - [Link]
Add comment


Wednesday, 11-Feb-2009 10:10 Email | Share | | Bookmark
Route to Kinabalu Park: Tamparuli Bridge (Jambatan Tamparuli)

 
 
 
View all 6 photos...
Tamparuli Bridge




It took appoximately 2 and a half hours to reach Kinabalu Park from Kota Kinabalu. On the way there, we came across Tamparuli. So we decided to check out the bridge as it is well-known in Malaysia (or maybe world-known).


Jenaka orang tempatan di situ: "Ada orang yg bawak kereta di sebelah jambatan tu boleh jatuh dalam sungai sebab asyik duk tengok gadis berskirt mini melintas di atas jambatan" - Ben



Tamparuli Bridge is a hanging bridge. But, according to Ben (credit to Ben) , this is not the original bridge, the basis for Justin Lusah’s 1970s song, "Jambatan Tamparuli". The original one was washed away in the biggest flood ever to hit Tamparuli in January 1999.








Di seberang jambatan ini adalah Tamu (pasar pagi).


TGK PIC JAMBATAN NIE TERINGAT MEMEBR LAMA FP ALEX AZLAN DARI SABAH SEKRG DAH SENYAP DAH HA.. Wed 11-Feb-2009 08:56
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>> inilah dia jambatan tamparuli yang popular tu...
>> siap ada lagu lagi...
Thu 12-Feb-2009 15:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 10:10 Email | Share | | Bookmark
Pasar Malam, Kota Kinabalu

 
 
 
View all 12 photos...




Night Market

Some people call it pasar SAFMA. Others call it pasar malam. You can get everything here
from vegetables and essential items that Sabahans eat and use. It is exciting as you may discover many tropical vegetables, fruits, herbs and spices that you have not seen before.

As for us, my Ayah was trying to get the best price for tiger prawn, and the big fat squid while I was trying to get the best shot. So we wandered around for a little bit before Ayah made his final decision.
Shopping is tiring.





Pasar ini terletak bersebelahn dengan Pasar Filipina. Memandangkan harganya yang lebih murah, jadi adalah satu kerugian kalau tak 'tapau' udang dan sotong balik ke semenanjung. Cara nak tapau? Sila tunggu entri yang terakhir, di mana saya akan jelaskan serba sedikit cara-caranya.


Rumpai Laut



Isi siput



Siput Geweng



Siput besar yang selalunya dalam filem pelakon akan letak dia dekat dengan telinga



Batu Karang dan siput-siput


"Beli..beli..."kata mak cik penjual. Dalam hati saya.."Saya nak ambil gambar je sebab tak pernah tengok orang jual bende alah ni kat pasar malam tempat lain.." Lepas ambil gambar baru saya tahu yang mak cik penjual tu ialah orang dari suku kaum Bajau Laut. Rumpai laut dan pelbagai jenis cangkerang adalah hasil tangkapan mereka yang dijual di sini. Berkenaan dengan nama pada gambar-gambar di atas, satu sahaja yang saya pasti iaitu rumpai laut. Yang lain adalah fiksyen belaka.





Up next- Kinabalu Park


hai salm perkenalan wat semua Thu 16-Jul-2009 08:01
Posted by:zty elin_zetty@yahoo.com.my
hi.......cemua..........pe khabr cihat ke?????????????????
ammmmm klo nak bl ikan 2 bl la kat psr safma awal pg mrah............
heeee he he hee
Mon 7-Dec-2009 05:17
Posted by:asmanel norshima_yati@yahoo.com
hey klo nak bl ikn 2 gan la kdkut sngat he he he he he he he he he
ba klo nak i2 ikan bsng,tulai ikn puth stng cam2 la ba awa cl sy sj ba susah2 aj kao ni ba........he he he he he he he he he hehebeh/////////
Mon 7-Dec-2009 05:21
Posted by:asmanel norshima_yati@yahoo.com
View all 15 comments Add comment


Saturday, 7-Feb-2009 22:10 Email | Share | | Bookmark
Pasar Filipina, Kota Kinabalu

 
 
 
View all 8 photos...
Filipino Market

No, it isn't in The Filipines, but Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. It sells local handicraft and
is popular with product made of pearls, beads and crystals.







Tempat yang paling digemari oleh peminat-peminat barangan kristal, batu permata dan mutiara. Mutiara-mutiara yang dijual di sini berasal dari Filipina. Malah terdapat juga peniaga-peniaga yang berasal dari Filipina.





Apabila datang ke sini, perlu ada persediaan dari segi fizikal dan mental; ada lebih kurang 100 gerai di sini dan harga boleh dirunding. Yes, you can bargain~


Surau

Sebelum ke pasar malam yang terkenal dengan hasil laut yang segar, kami singgah di gerai air kelapa yang bersebelahan dengan Pasar Filipina.






[i]Up next - Pasar Malam (Night Market), KK

~professional nyerrrrr...~cantik sgt!!!~ Sun 8-Feb-2009 13:46
Posted by:caprizatul alongzh86@yahoo.com  - [Link]
seronok berjalan yer... Sun 8-Feb-2009 14:27
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
>> mmg kk ramai filipina...
>> tawau pun ramai gak...
>> the last time ke sana rasa mcm kat manila pula...
Sun 8-Feb-2009 15:47
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 25-Jan-2009 22:10 Email | Share | | Bookmark
Fly baby fly

 
 
 
View all 4 photos...







Si Cecep. Kerana kakinya hanya tinggal satu sahaja.


To live in Sabah. What do you think?

I need your oppinion about living in Sabah. What do you think about Sabah, especially Kota Kinabalu (KK)? To those who have been to or live in KK you are very welcome to leave your comment.

Sila beri pendapat anda mengenai tinggal di Kota Kinabalu ye. Orang-orang Sabah di luar sana..
jangan lupa bah..Pendapat kalian sangat saya hargai.

Kepada rakyat Malaysia yag berbangsa Cina, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai.


MLM NIE TA NAK JUMPA ZAI KE KAT UMAH AZUE ,ALAMAT DAN PLAN KAT FP AZUE.. http://azueriena.fotopages.com JOM ARR JOIN KANG MLM SOK ZAI DAH NAK BALIK KULIM... Fri 30-Jan-2009 06:30
Posted by:Zai kuLiM  - [Link]
BURUNG TAKMO TERBANG EK

WAHAHAHAA
Fri 30-Jan-2009 10:48
Posted by:FAZARINA  - [Link]
>> mungkin kerjasama dengan poland tu sebab poland tanggung kot kos repair mural tu... Sun 1-Feb-2009 17:04
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 14-Jan-2009 22:10 Email | Share | | Bookmark

 

Hari ni dah masuk hari ke-19 mereka membedil.
Angka mati pula dah nak masuk 1000 orang.
Eloklah tu kalau dah pakat-pakat nak duduk di meja berbincang.
Cadangkanlah apa yang patut.
Lepas tu jangan lupa nak gerakkan. Jangan dok cadang saja.
Takan nak tunggu 1000 orang mati baru nak bercakap?
Takan nak tunggu sorang dua yang tinggal di bumi palestin baru nak gerak?

kempen anti keganasan ni.
bgus2.
kucing saya udah di upload.
Thu 15-Jan-2009 07:50
Posted by:paradoxx katak_comot04@yahoo.com  - [Link]
>> teruskan pressure... Sun 18-Jan-2009 18:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Dil, come down to KL for the CNY.. we will be shooting the Thean Hou Temple.. Thu 22-Jan-2009 15:54
Posted by:A Izan..  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 4-Jan-2009 10:10 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Kg. Sungai Berembang

 
 
 
View all 11 photos...
Walaupun telah masuk hari ke-empat tahun baru 2009, tapi entri ini masih memuatkan gambar dari bulan November 2008. Ia telah dirakam sehari selepas pulang dari Pulau Langkawi.
Kg. Sg Berembang ini terletak di Kuala Perlis. Lokasi ini sentiasa menjadi 'favourite spot' saya.









Rata-rata orang di sekitar kampung ini menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka. Contohnya, belacan dari kampung ini sangat terkenal kerana kualitinya. Sebenarnya, gambar-gambar di entri ni dirakam ketika mama sedang berurus niaga dengan 'tauke' belacan. Kupang dan kepah juga boleh didapati di sini.







Kebetulan pada ketika gambar-gambar ini dirakam, ialah musim 'memancing puyu'.
Di mana-mana sahaja di sekitar kawasan sawah padi yang menghijau, saya boleh melihat ramai orang , tak kira usia dan jantina memegang joran.





Ikan puyu, yakni sejenis ikan air tawar menjadi kegemaran ramai di sini, termasuk saya . Apatah lagi jika ia dibuat pekasam. Selain itu, ikan ini juga boleh dimasak asam pedas bersama keledek manis. Alahai..terbau-bau pulak rasanya masa menaip entri ni.
Dari sudut mistiknya pula, ada orang yang mempercayai bahawa ikan puyu dapat menjaga rumah mereka dari dimasuki pencuri. Caranya ialah dengan membela ikan puyu di hadapan rumah, bersebelahan dengan tangga untuk naik ke atas rumah.
Anda percaya?




Charlie bit me


Quote:
charlie bit me..and that really hurt charlie..and it's still hurting

cantek laa gambaq kat sini .... suka sgt .. jom cek gambaq saya plop Fri 16-Jan-2009 09:39
Posted by:fendi  - [Link]
mcm pernah tgk ja tpt ni Mon 26-Jan-2009 03:12
Posted by:ayfz  - [Link]
gambar no 5 lawa Mon 26-Jan-2009 10:16
Posted by:dishazlan
View all 12 comments Add comment


Friday, 26-Dec-2008 05:34 Email | Share | | Bookmark
Artis konon

 

Kucing di belakang rumah saya terkejut bila saya ceritakan kepadanya tentang kewujudan
artis (konon) yang bernama Guillermo Habacuc Vargas.



First of all Merry Christmas to Fernanda http://ffonseca78.fotopages.com/
and to all my friends who celebrates Christmas. Mr. Magorium, Mr. Duncan, hyde,
Willy Wonka, Optimus Prime, and Bumble Bee.

(Ada juga org melayu yang pernah mengaku kat saya yang dia sambut Hari Natal.
Harapnya dia mendapat hidayah dan sedar akan perbuatannya itu.)


Tapi saya bukan nak bicara pasal kepincangan dari sudut itu.
Sebaliknya dari sudut belas kasihan terhadap haiwan.

Ada seorang lelaki yang mendakwa dirinya artis.
Dia telah mengupah lima orang kanak-kanak untuk mengejar
dan menangkap seekor anjing.
Dan di galeri pamerannya, dia telah mengikat anjing itu dengan tali yang pendek.
Anjing itu ditinggalkan, tanpa diberi makan dan minum sehingga dia menemui ajal.
Soalannya di sini? Beginikah yang dikatakan seni?
Itu zalim namanya. Saya menangis bila terlihat klip ini.




Manusia-manusia yang datang ke galeri itu pun adalah zalim.
Mereka datang dan lihat anjing itu mati. Seolah-olah itu adalah hasil seni.

Cuba lihat klip ini pula. Di dalam klip ini, seorang pemberita melaporkan
seekor anjing telah menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan
seekor anjing lain dari terus dilanggar oleh kereta-kereta di lebuh raya yang sangat sibuk.



Sedangkan haiwan punya belas kasihan, inikan pula kita manusia yang punya akal.
Harapnya tiada di antara artis kita, mahupun bakal artis yang zalim seperti ini.

Dil, thanks for the wish and a very Happy New year to u too.. hope that all ur dreams would come thru in the Year 2009.. Thu 1-Jan-2009 12:30
Posted by:A Izan..  - [Link]
comelnya kucing itu posing!! Fri 2-Jan-2009 14:48
Posted by:Idzwanjunaidi  - [Link]
i pn suka kan awan nyer.
x sangka lak dpt awam mcm tu dlm gmbr.
laut tu bleh mandi x?
kt area mana tu ek?
Wed 7-Jan-2009 01:46
Posted by:paradoxx katak_comot04@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 21-Dec-2008 15:54 Email | Share | | Bookmark
Underwater World Langkawi

 
Banner Butterfly Fish
 
View all 18 photos...





Longfin Lion Fish

Sudah beberapa kali ke tempat ini. Tapi kali ni kelainan yang ketara ialah dengan kehadiran peguin, anjing laut dan haiwan-haiwan dari hutan amazon. Dan juga teater 3D.



Peguin


Seal


















terimas semua untuk komen2 anda~
ye, mmg byk hidupan laut yang unik yg boleh didapati di sini.
sebenarnya, bangunan underwater world ini telah di tambah lagi keluasannya.
dan banyak lagi hidupan dan bahan pameran sy tidak rakam dengan kamera saya ni. terlalu banyak.
kepada liya, akak ke langkawi ni pada 25 nov yg lepas.
Wed 24-Dec-2008 08:25
Posted by:dil  - [Link]
::: abis satu langkawi daliela round.. waterworld pon pi gak!!! [huhu]
::: samalaa dgn bro jeff, baru sekali jer pi waterworld nih, tapi masa
::: tuh baru bukak, jadi tak byk leer yg menarik ketika itu.. skrg nih
::: mesti dah meriah ikan2 kat situ kot.. saya sukee pix penguin &
::: kuda laut tuh.. pi tempat2 mcm akuarium nih paling syok bila
::: dpt duduk tengok ikan puas2 & lama2.. baru syok [hehehe]
~ salam maal hijrah selamat tahun baru!
Thu 25-Dec-2008 05:47
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
wah seronoknya pi Langkawi... dpt pi underwater worrrllldd lagi...
hmm... gmbr yg paling last tu besttt
Mon 29-Dec-2008 00:01
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.